Siaran Akhbar : Jabatan Perdana Menteri / Foto : Mohd. Sahrizal Haji Said, Hernie Suliana Haji Othman
BUDAPEST, HUNGARY, Selasa, 18 November. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima penganugerahan Bintang Kebesaran Hungary 'The Grand Cross of The Hungarian Order of Merit with Chain and Gold Star'.
Berangkat mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah paduka anakanda baginda, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen.
Penganugerahan tersebut disembahkan oleh Presiden Hungary, Tuan Yang Terutama Dr. Tamás Sulyok Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
Anugerah tersebut, antara lainnya, adalah sebagai satu pengiktirafan dan simbol komitmen Hungary untuk terus bekerjasama dengan NBD dalam memelihara kesejahteraan rakyat kedua-dua buah negara. Anugerah tersebut merupakan penghormatan tertinggi daripada Hungary yang telah diwujudkan sejak negara berkenaan mencapai kemerdekaan.